Wednesday, October 19, 2011

10 Surah Yang Mujarab Pesan Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualikum wbt, Fyi....




1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan
membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati
sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali
sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu
ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung
Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh
Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya.
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga
bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan
“At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan
dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia
mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan
dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan.
Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah,
nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik,
Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan
terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di
Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan
merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah
akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya
sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan
dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah
segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali
dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan
minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan
rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah :
“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan
ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak
pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya
dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka
Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan
pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak
hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w.
dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti
membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh
dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan
(Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati
dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat
dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya.
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah,
akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda,
Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu
tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai
suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.”
Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w.
sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali
sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ”
Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
“Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan
rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara
rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah
ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang
siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka
ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang
sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari
kiamat.”

9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam
apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq
dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian
disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit
kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau
7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan
manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan
manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama
An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah
ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah
makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon
perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari
golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang
hati.

InsyaAllah, Ikhlas,

Maqbul.


No comments:

Post a Comment