Tuesday, November 29, 2011

Istimewa Tarikh 20.11.2011...

pada tarikh 20.11.2011 jam 21.01 sy selamat melahirkn bby gurl seberat 2.68kg..Alhmdlh syukur ke hadrat ilahi krn telah kurniakn sy sepasang ank..


inilah pict my princess...pict ni di ambik pd ari ke 2..
xlari jauh dgn wajah abg iman waktu kecik..hehe..

Friday, November 18, 2011

sembahyang Diatas Teksi :-

sujud atas teksi01 Diatas Teksi:  sembahyang

sujud atas teksi02 Diatas Teksi:  sembahyang


sujud atas teksi06 Diatas Teksi:  sembahyang


sujud atas teksi03 Diatas Teksi:  sembahyang


sujud atas teksi04 Diatas Teksi:  sembahyang


sujud atas teksi05 Diatas Teksi:  sembahyang


sujud atas teksi07 Diatas Teksi:  sembahyang


“Dan dirikanlah Sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan ( terutama Sembahyang ) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.” Surah Hud ayat 114
Nuffnang Ads
P/s:-Disini, jangankan Sembahyang diatas teksi,nak mengangkat tangan untuk berdoa sebelum makan di restoran,kedai-kedai makan atau khalayak ramai pun mereka malu.Tah apa-apa tah....

Saturday, November 12, 2011

Siapa Sebenarnya Mengenakan Chef Riz?

KUALA LUMPUR – Antara kisah yang paling menarik sepanjang minggu lalu pastinya melibatkan anak Chef Wan iaitu Chef Riz yang kantoi menipu resume dirinya untuk menjadi salah seorang juri dalam program Masterchef Malaysia.

Takda angin takda ribut namun secara tiba-tiba kelayakan diri dan pengalaman kerja Chef Riz terbongkar.

Disebabkan itu, penulis ingin bertanya, tidakkah terlintas di fikiran anda semua akan siapakah yang sebenarnya memecahkan rahsia melibatkan Chef Riz itu.


Nuffnang Ads


Memang benar rahsia itu telah dikorek oleh sebuah portal berita yang terkenal dan berpengaruh (The Malaysian Insider), namun sumber asal atau siapa yang pecahkan rahsia itu kepada portal berkenaan?

Walaupun maklumat atau resume asal Chef Riz diletakan di laman web Masterchef Malaysia, penulis tidak yakin ada wartawan dari portal itu yang lebih dikenali dengan berita-berita politik secara tiba-tiba terlintas hati untuk mengorek rahsia kelayakan Chef Riz.

Wartawan berkenaan sampai sanggup menghantar email kepada beberapa buah restoran di serata dunia semata-mata untuk mengetahui apakah kandungan resume Chef Riz itu betul atau tidak.

Mengapa latarbelakang Chef Riz yang dikaji dan bukan chef-chef yang lain?

Pastinya ada pihak yang tahu Chef Riz tidaklah sebegitu tinggi kelayakannya seperti mana yang ditulis dalam resume asalnya yang dikatakan telah dipinda sebanyak dua kali dalam masa seminggu (selepas kantoi).

Jadi, siapakah pihak itu? Siapa yang tip off atau bocorkan maklumat kepada portal berkenaan?

Melihat senario kejadian itu, maka pastinya itu perbuatan seseorang yang memiliki rasa tidak puas hati atau dengki dengan chef muda itu.

Apakah pihak itu musuh Chef Riz?

Chef Riz kalau mengikut cerita orang, mulut agak lazer dan dalam kategori mamat poyo jugak, jadi tak terperanjatlah kalau ramai yang tidak puas hati.

Namun, Chef Riz ini terlalu muda dan tidaklah beberapa terkenal lagi.

Bukan hendak menuduh sebarangan, apakah ada juri lain dalam program itu yang mungkin bertindak membocorkan maklumat?

Namun sudut yang lebih penting, apakah yang melakukan pembongkaran rahsia itu adalah musuh Chef Wan?

Kena kat Chef Riz, malu ditanggung satu keluarga bukan. Maknanya Chef Wan pun jadi mangsa sekali.

Kalau membaca salah satu kemas kini status Chef Wan di wall Facebooknya (Chef Wan Fan Club), beliau sendiri menzahirkan jawapan kepada persoalan di atas.

“In my 54 years living and 25 years as a celebrity OMG punya lah ramai celebrity2 chef and chef2 out there yg busuk hati and wants to see me fall even though i do not know anyone of them.

“Strange kan but u know what wall have ears lah.This country is small what goes around always come back.Buat lah apa nak buat saya serah kan semua pada ALLAH because i believed in his power and i believed in good principals,” katanya.

Status itu diletak petang semalam, hanya beberapa minit selepas Chef Wan mengulas lagi mengenai kesilapan anaknya itu.

Nyata, Chef Wan sendiri jauh di lubuk hatinya sedar bahawa ada pihak yang mungkin mahu menjatuhkannya melalui anaknya itu.

Siapa, mungkin Chef Wan tahu dan mungkin tidak.

Penulis yakin jawapan kepada perkara di atas tidak akan terjawab sampai bila-bila. Kemungkinan besar ia akan kekal misteri.

Apa yang dilakukan Chef Riz itu memang salah dan sama sekali tidak boleh dijadikan panduan. Tidak perlu berdebat dari segi itu.

Namun, kita semua pun secara tidak langsung telah dijadikan alat oleh satu pihak misteri yang mungkin tidak senang dengan Chef Wan dan Chef Riz.



Kita jadi penonton dalam permainan busuk hati orang lain.

Dalam hal ini, kita kena tabik kat Chef Wan. Walaupun malu dengan apa yang berlaku, beliau cukup profesional untuk tidak menyebelahi anaknya itu.

Dan diharap Chef Riz pun fahamlah, jangan nak berlagak pandai kalau tak pandai dan pandailah bawak diri agar jangan umpan pihak tertentu.

Thursday, November 10, 2011

AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAK...ANG KENDERAAN ANDA




 -- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat

Wednesday, November 9, 2011

PANDUAN MENDIDIK ANAK


 1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan... tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”


Thursday, November 3, 2011

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur



Seorang laki-laki jika dia kesakitan,... maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti DIA SEDANG MENANGIS DLM HATINYA . Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang..

Tuesday, November 1, 2011

Doa Untuk Menangani Anak Yang Nakal

1.Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hemb...uskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur

2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11.Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.